Ahad, 3 Januari 2010

Asas Pembinaan Kolam Tanah

Dalam merancang pembinaan sebuah kolam tanah khususnya ikan air tawar ramai penternak tidak mendapat maklumat yang betul, keliru dan kadang kala bersifat tamak. Ini antara faktor menyebabkan fenomena kolam terbiar. Beberapa perkara asas berkenaan kolam haruslah diketahui oleh penternak dalam merancang pembinaannya.




Jenis tanah yang sesuai adalah faktor utama dalam pembinaan kolam tanah

Antaranya

Kesesuaian tanah

Mempunyai daya takungan. Dalam bahasa mudah tanah tersebut dapat menakung air. Ini amat penting bagi memastikan kolam sentiasa berisi dengan air. Kebiasaannya tanah liat menjadi pilihan utama kerana daya takungan air yang tinggi. Tanah liat jenis berpasir antara jenis tanah terbaik dan sesuai bagi kolam tanah khusus ternakan ikan air tawar.

Sumber air

Sumber air yang bersih dan cukup penting dalam pengurusan sebuah kolam ternakan. Air sungai dan sumber air bawah tanah antara bekalan air yang biasa digunakan. Sumber air bawah tanah sekurang² perlu dirawat terlebih dahulu kerana kandungannya yang tidak berapa ‘mesra’ dengan ternakan. Air sungai dengan sistem pengaliran yang sesuai merupakan sumber air lebih ekonomi berbanding air bawah tanah.
Kegunaan air berbeza mengikut spesis ternakan diusahakan. Ada spesis ternakan yang memerlukan air yang banyak bagi menampung keperluan oksigen dan keseimbangan air. Namun terdapat sistem sokongan seperti blower dan paddle wheel bagi mengatasi masalah ini.

Rekabentuk kolam

Sebuah kolam haruslah berkonsep seperti sebuah sungai, di mana terdapat aliran air masuk dan air keluar. Ini penting bagi memastikan keseimbangan air kolam. Ini penting dalam sistem pengurusan sebuah kolam ternakan, ramai penternak tidak mendapat maklumat betul mengenai perkara ini.
Ketiadaan saluran air keluar bagi sesebuah kolam ternakan antara kesilapan utama semasa pembinaan kolam ternakan oleh perternak. Pertambahan kos bagi mengering sebuah kolam menjadikan ianya tidak ekonomi kepada penternak.
Rekabentuk dasar sebuah kolam memainkan peranan penting dalam pengurusan sebuah kolam tanah. Dasar kolam yang rata dan mempunyai sudut kecondongan bagi pengaliran air keluar ada penting terutamanya semasa proses menuai hasil ternakan.
Bagi kolam yang luas, ruang jalan ladang perlu disediakan di atas tebing kolam bagi melancarkan kerja pemberian makanan dan penuaian hasil ternakan.

Lokasi


Seperti bidang perniagaan, pembinaan kolam ternakan ditentukan oleh faktor penting iaitu lokasi. Elakkan kolam dibina di kawasan yang dilanda banjir , kebanyakan tanah yang sesuai bagi pembinaan kolam ternakan kebiasaannya terletak di kawasan yang ditengelami banjir seperti tanah rendah dan tepi sungai. Perubahan cuaca dunia yang tidak menentu sekarang memburukkan lagi keadaan.
Jenis tanah yang sesuai, sumber air dan rekabentuk kolam serta keluasan kolam adalah gabungan faktor lokasi. Tidak semuanya tanah sesuai untuk dibina kolam contoh, sekiranya terdapat tanah yang sesuai untuk pembinaan kolam namun sumber air terhad adalah halangan utama.

Kemudahan asas

Jalan ladang, elektrik dan bekalan air ialah kreatia yang perlu diambil kira dalam pembinaan kolam terutamanya mempermudahkan pengurusan ternakan.

Rabu, 30 Disember 2009

KELEBIHAN KELI PALLET

KELEBIHAN IKAN KELI DIBERI MAKAN PELLET tidak seperti ikan sejenis yang hidup dalam lumpur di sungai, ikan ternakan di kolam milik One Newtech diberi makan pelet menjadikan isi ikan terasa manis, kenyal tetapi lembut.Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik.Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan.Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan.Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

Ahad, 20 Disember 2009

PENTERNAKAN IKAN KELI

Ikan keli atau lebih dikenali catfish pada masa kini merupakan antara sumber protein utama dunia. Catfish kini diterima oleh pelbagai bangsa dan negara dalam permakanan harian. Malaysia antara negara utama yang memainkan peranan dalam industri aquakultur ini. Ikan keli atau lebih dikenali varieti keli afrika mula diternak di Malaysia pada tahun 80an sebagai spesis berpotensi komersil.
Seperti sebuah jenama baru dalam pasaran, penerimaan masyarakat yang dingin terhadap ikan keli pada peringkat awal membantut ternakan catfish ini berkembang maju. Kaedah pemasaran yang tidak sesuai dan gambaran negatif antara halangan awal. Perubahan kaedah ternakan dan teknik pasaran yang mengikut selera masyarakat tempatan merupakan kunci penerimaan terhadap ternakan ini.
Ikan keli mula mendapat tempat dalam hidangan utama berdasarkan penerimaan menyeluruh terhadap catfish ini, berbeza dengan lebih sedekad yang lalu ikan keli hanya digambarkan dalam masakan tradisional. Nilai komersil dan khasiat permakanan yang telah terbukti, mendorong spesis catfish ini sebagai ternakan utama di negara ini. Kaedah ternakan dalam kolam tanah adalah peraju utama selain ternakan sangkar, kolam konkrit, fiberglass dan terbaru ternakan kanvas

Jumaat, 4 Disember 2009

PROJEK PERMULAAN TERNAK DALAM CANVAS

Hari Hujan Yang Tak Mengizinkan Untuk Kami Membuka Semua Canvas Yang Ada.. Hanya 2 Set Sahaja Yang Mampu Dibuka (Semua Ada 10set).. Ini Adalah Projek Permulaan Dirumah.. Lokasi Kota Bharu, Kelantan.




Byk Lagi Gambar, Tapi Line Internet Terlalu Slow.. Nanti Saya Akan Upload lagi Gambar..
Ini La Pertama Kali Kami Menjalankan Projek Ternakan Keli Dalam Canvas..
Tunggu Saya Upload Gambar Tapak Ternakan Keli Kami Di Simpang Pulai...

Isnin, 30 November 2009

YUS FARM AQUATECH ENTERPRISE

Assalamualaikum..

Yus Farm Aquatech Enterprise, Telah didaftarkan Pada Bulan December 2009, Adalah Sebuah Syarikat Yang Menjalankan Projek Ternakan Ikan Keli 100% Menggunakan Makanan Pallet. Kami Membuat Projek Usahasama Bersama Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Tekun, Bank Rakyat, Fama, BigCatFish Group Dan Beberapa Agensi Lain Untuk Merialisasikan Misi Utama Syarikat. Projek Ternakan Kami Membantu Golongan Keluarga Kurang Kemampuan, Ibu Tunggal Dan Warga Emas. Syarikat Kami Juga Membekal Dan Mengedar Produk Berasaskan Ikan Keli, Iaitu Keli Segera, Yang diuruskan Sepenuhnya Oleh anak syarikat Kami, Yus Food Frozen Sdn. Bhd. Produk Kami Yang Mana Senang, Mudah Digunakan Untuk Semua golongan, Hanya Dapatkan Dipasaran, Dan Goreng Sahaja. Setiap Pembelian Produk Kami, RM0.50/Pek akan didermakan Kedalam Tabung Bersamamu (TV3, Pukul 9.30Malam Setiap Rabu) Dan Juga Tabung Bantuan Yus Farm Aquatech Sendiri. Berniaga Sambil Beramal. Jika Sesiapa Yang Ingin Melawat Pusat Ternakan Ikan Keli Kami, Bertempat Di Simpang Pulai, Perak. Adalah dialu2kan. Sekian Terima Kasih..

" Ingatlah Semua, Bantu Membantu Adalah Amalan Yang Mulia, Ramai Yang Memerlukan Bantuan, Hulurkan Bantuan Ringankan Beban"